Monday, May 23, 2011

Masjid Tinggi, Bagan Serai

Masjid ini telah dibina pada awal tahun 1900. Menurut rakyat tempatan, masjid ini asalnya adalah sebuah surau yang telah dibina oleh orang-orang Banjar yang berhijrah ke kawasan Kuala Kurau/Masjid Tinggi. Mereka dikatakan dibawa masuk dari Sumatera & Jambi, Indonesia pada tahun 1850-1860. Dengan pertambahan jumlah penduduk, surau tersebut teah dirobohkan dan digantikan dengan Masjid. Rekabentuk Masjid ini dikatakan diambil dari daerah Banjar Masin Indonesia. Dengan Terbinanya masji baru pada tahun 1966, maka masji ini tidak lagi digunakan.







Imej Masjid Tinggi setelah dibaik pulih oleh JKR Perak pada tahun 1995





Inilah beberapa imej lama Masjid Tinggi yang mana merupakan salah satu tarikan di Bagan serai, Perak darul Ridzuan. Masjid yang mempunyai nilai sejarah yang menarik dan senibina yang unik. Ia boleh diketengahkan sebagai daya tarika pelancung dalam dan luar negara




Bahagian ini dahulu menempatkan Bilik kuliah untuk Pengajian Agama





Bahagian Serambi/ Beranda




Keadaan Masjid yang terbiar dari sudut luar bangunan





Inilah Ruang Sembahyang Utama Masjid Tinggi /Masjid Banjar Bagan Serai





Siling yang diperbuat daripada kayu serta ruang pengudaraan dan pencahayaan daripada kaca berwarna




Kubah daripada zing berbentuk tirus





Pandanagn sisi, dilihat daripada Jalan Banjar

Monday, May 16, 2011

Masjid Kampung Kuala Dal, Kuala Kangsar

Salah satu masjid yang bersejarah di negeri Perak Darul Ridzuan. Masjid ini telah pun diletakkan di bawah Jabatan Warisan Negara. Ia juga telah dibaik pulih mengikut rekabentuk asalnya untuk memastikan ianya mampu bertahan, kerana ia adalah satu-satunya masjid yang seumpamanya di Malaysia. Majlis Perasmian masjid bersejarah ini telah pun diadakan pada 6 Mei 2011 yang lalu oleh DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah, sempena perayaan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Perak.











Police Station, Taiping

Bangunan berbentuk gereja mini ini, Chapeled-like merupakan sebuah Balai Polis terawal Taiping. Kini ia menempatkan Pejabat Pelancongan Taiping





Imej lama Bangunan Balai Polis Taiping sekitar tahun 1900

British Officer's Mess

Bangunan ini dibina pada tahun 1800-an yang menempatkan pegawai-pegawai askar British di Taiping.

Gambar terbaru keadaan Bangunan ini yang mana tidak ada perubahan dibandingkan dengan rekabentuk asalnya seperti foto di bawah.

Gambar lama kediaman Askar British yang terletak di Jalan Kelab, Taiping berhadapan padang Majlis Perbandaran Taiping, MPT.

Wednesday, May 11, 2011

Taman Tasik Taiping (Taiping Lake Garden)

Taman tasik Taiping adalah merupakan bekas tapak perlombongan bijeh timah dan merupakan taman yang tercantik di Malaysia. Merangkumi kawasan seluas 65 hektar menawarkan keindahan alam yag menghijau, keindahan tasek dan ikan air tawar yang beraneka jenis serta wakaf-wakaf yang dipenuhi aneka bungaan. Kemudahan lain yang tersedia disini adalah rumah rehat, kawasan memancing dan aquabiking untuk meronda sekitar tasek.


Kawasan tasek yang dipenuhi tumbuhan teratai masih mengekalkan keindahannya, pemandanagn ini dirakamkan ketika pokok teratai sedang bertukar ke musim yang baru.

Kawasan ini pula berada bersebelahan dengan Zoo Taiping yang juga dipenuhi teratai yang sedang berbunga.

Jambatan yang berkeluk ini membolehkan pengunjung menikmati keindahan pemandangan sekitar tasek.







Inilah gambar lama (real Photo) Taman tasik Taiping pada tahun 1940-an







Inilah Air pancut Ng Boo Bee yang masih ada di Taman tasek Taiping yang mempunyai nilai sejarah yang tersendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...