Friday, April 29, 2011

Kompleks Kolam Renang Dan Rekreasi, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Kolam Renang Majlis Perbandaran Kuala Kangsar adalah cetusan idea oleh Kebawah DYMM Paduka Seri Sultan yang mahukan Bandar Kuala Kansar memiliki fasiliti yang lengkap untuk kemudahan penduduknya. Pihak JKR Perak telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan impian ini. Kompleks Kolam Renang Dan Rekreasi ini mengandungi Kolam Renang bersaiz Olimpik (50.00m x 25.00 m) dengan kedalam bermula 1.20m hingga 1.80m.

Sebagai kompleks untuk rekreasi, ia dilengkapi dengan kemudahan lain seperti gimnasium, kantin, gerai cenderahati, bilik persalinan beserta tandas dan bilik mesyuarat. Ia juga dilengkapi dengan kolam mandi untuk kanak-kanak beserta gelongsor dan aksesori kolam yang lain seperti pancutan air.

Ramlah Ram dan Suhaimi Meor Hassan adalah dua artis yang dijemput untuk menghiburkan tetamu pada malam perasmian Kompleks Kolam Renang ini.





Gambar yang dirakamkan ketika pembukaannya secara rasmi pada 30 Ogos 2005

Kompleks Pentadbiran Pejabat Daerah Batu Gajah







Bangunan lama yang juga dikenali sebagai Blok A,B dan C ini selesai dipulihara dan menjadi bangunan pejabat pentadbiran Daerah Batu Gajah yang indah dengan mengekalkan segala rekabentuk asalnya





Sebahagian dari fofo-foto lama bangunan Blok A,B dan C yang masih dalam keadaan asalnya sebelum dibaik pulih oleh Jabatan Kerja Raya negeri Perak Darul Ridzuan

Lanskap Bandar Lumut, Manjung, Perak

Jeti Lumut yang yang siap sedia menyambut pelawat untuk menaiki bot untuk ke Pulau Pangkor.Kalau berkunjung ke Lumut jangan lupa untuk membeli buah tangan digerai-gerai yang menjual beraneka jenis jualan khasnya hasil makanan laut.Sebahagian dari "model-model" kecil yang sempat bergambar di Lumut suatu ketika dahulu

Thursday, April 28, 2011

Jambatan Nordin, Parit

Jambatan Nordin yang menghubungkan Pekan Parit dan Tanjung Belanja yang juga merupakan lalun Jalan Ipoh - Bruas. Jambatan Nordin asal mempunyai nilai sentimental bagi penduduk sekitarnya kerana bunyinya yang boleh kedengaran dari jarak jauh apa bila dilalui kenderaan. Jambatan ini yang juga dipanggil Jambatan Bailey yang berkerangka besi dan lantai-lantai kayu.



Jambatan Nordin yang baru yang selamat dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah pada 7 Jun 1999. Keberangkatan Baginda disambut oleh MB Perak ketika itu iaitu, YAB Tan Sri Dato' Seri Ramli b Ngah Talib dan Menteri Kerja Raya Malaysia, dato' Seri S Samy Vellu.



Jambatan konkrit yang baru yang menggantikan Jambatan Bailey.



Gambar Jambatan Nordin yang asal yang paling popular dikalangan bloger yang menulis kisah berkenaan Jambatan Nordin

Kolej Islam Perak Darul Ridzuan (KISDAR), Kuala Kangsar

Kolej Islam Perak Darul Ridzuan terletak di Bukit Chandan, merupakan salah satu IPT yang ada di bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak darul Ridzuan






Blok Bangunan tiga tingkat untuk Pentadbiran tersergam indah dengan rekabentuk menarik

Menara Masjid KISDAR setinggi 25.00m dengan rekabentuk menarik




Gerbang menanti kedatangan pengunjung di kawasan balai pengawal



Wakaf disediakan di antara bangunan kuliah untuk kemudahan para penuntut

Masjid yang mampu menampung lebih dari seribu jemaah pada satu-satu masa





Jambatan, R&R Dan Tasek Raban, Lenggong






















Gambar kenangan perasmian Jambatan Di Jalan Lenggong-Sauk.













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...