Kawasan ini dahulu merupakan tempat yang sangat popular dikalangan penduduk Ipoh dan sekitarnya, bahkan kepada penduduk negeri Perak amnya. Siapa yang tidak tahu People's Park kerana ia merupakan lokasi popular bagi peniaga dan pembeli barangan terpakai, antik dan yang seumpamanya. Setiap hujung minggu ia akan di penuhi peminat barangan tersebut dari semua peringkat umur dan kaum. Kini setelah lokasi perniagaan ini diubah, ia telah dinaiktaraf oleh DBI menjadi taman lanskap rekreasi untuk penduduk Ipoh khasnya. Ini keadaan terkini kawasan lanskap People's Park.
‘People Park’..Itulah suatu nama yang cukup popular dikalangan penduduk Ipoh khasnya dan Perak amnya.. Tempat ini telah dibuka pada sekitar tahun 1872 dan tokong lama Pa Lo adalah merupakan tokong paling tua di Ipoh. Yau Tet Shin adalah penyumbang utama pembinaan tokong yang ada hingga hari ini. Bermula dari tahun 1894 berbagai penambahan di lakukan termasuk Perabung Dekoratif, Loceng dan patung singa.
Ruang terbuka di hadapan Tokong ini adalah yang dipanggil People Park bernilai kira-kira RM 70,000.00 apabila kerajaan menyumbang kepada pembangunan bandar pada tahun 1909. Tempat ini popular untuk rekreasi, permainan kriket, bolasepak, tennis dan lain-lain. Sewaktu ketika dulu tempat ini popular dengan perniagaan barangan antik yang di adakan pada hari Ahad. Kini ia adalah tempat letak kereta.
Wakaf berkonsep tradisional Melayu ini bersebelahan lot tempat meletak keretaRuang terbuka di hadapan Tokong ini adalah yang dipanggil People Park bernilai kira-kira RM 70,000.00 apabila kerajaan menyumbang kepada pembangunan bandar pada tahun 1909. Tempat ini popular untuk rekreasi, permainan kriket, bolasepak, tennis dan lain-lain. Sewaktu ketika dulu tempat ini popular dengan perniagaan barangan antik yang di adakan pada hari Ahad. Kini ia adalah tempat letak kereta.
Air pancuran di tengah-tengah kawasan taman
Laluan masuk dari Jalan Sultan Iskandar (Hugh Low Street)
Kawasan Lanskap ditengah-tengah taman
Tarikan untuk anak-anak...tidak lupa kemudahan permainan untuk kanak-kanak turut disediakan
Kawasan pancuran ini dahulu boleh dijadikan kolam mandi untuk kanak-kanak. Tidak dapat dipastikan kini masih beroperasi atau tidak.
No comments:
Post a Comment