Wednesday, May 4, 2011

Bangunan Eu Tong Seng, Ipoh

Eu Tong Seng (dua sukukata hujung ini bermakna Menjaga - Caring) telah ditubuhkan sebagai "prescribing" penyediaan herba untuk ketagihan candu (opium addict) ketika itu. Seorang pelombong bernama Eu Kong, seorang daripada etnik Kantonis membuka kedai ubat (medical shop) di Gopeng pada tahun 1879 dan di Ipoh dan Kampar pada tahun 1881. Beliau telah mengambil alih perniagaan ini daripada bapanya dengan sumbangan kewangan daripada ibu tirinya, Yan Kuai yang telah menukarkannya kepada Pusat Farmasi Cina yang meluaskan perniagaannya hingga kebeberapa cawangan keseluruh Asia.Selepas suatu kebakaran yang memusnahkan premisnya, bangunan ini didirikan pada 1907.

Sebuah jambatan pejalan kaki telah dibina untuk menghubungkan bangunan utama dengan stor di Lorong Birch. Eu Tong Seng juga adalah ketua kepada pelombong bijih, Vice Presiden kepada persidangan anti candu pertama Malaya, Canselor Cina Persekutuan dan benefactor kepada Kolej Raffles dan Universiti Hong Kong.


Beliau juga adalah orang pertama memiliki kereta di Perak dan mempunya 7 isteri yang diletakkan dibeberapa palatial villa di Ipoh, Gopeng, Kampar, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Singapura dan Hongkong. Bangunan ini yang terletak di Jalan Bandar Bijih Timah (yang dikenali sebagai Leech Street)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...