Showing posts with label Lanskap. Show all posts
Showing posts with label Lanskap. Show all posts

Sunday, May 1, 2011

Lanskap Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Perak, Gerik

Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Perak yang terletak di Gerik boleh berbangga kerana memiliki lanskap yang indah dan menarik. Pejabat ini telah pun sempurna dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan pada Jun 2010 yang lalu.











Sebahagian dari bunga-bunga yang berkembang subur mewarnai lanskap bangunan Jabatan Kerja Raya, daerah Hulu Perak di Gerik.

Friday, April 29, 2011

Lanskap Bandar Lumut, Manjung, Perak

Jeti Lumut yang yang siap sedia menyambut pelawat untuk menaiki bot untuk ke Pulau Pangkor.Kalau berkunjung ke Lumut jangan lupa untuk membeli buah tangan digerai-gerai yang menjual beraneka jenis jualan khasnya hasil makanan laut.Sebahagian dari "model-model" kecil yang sempat bergambar di Lumut suatu ketika dahulu

Friday, April 22, 2011

People's Park Ipoh

Kawasan ini dahulu merupakan tempat yang sangat popular dikalangan penduduk Ipoh dan sekitarnya, bahkan kepada penduduk negeri Perak amnya. Siapa yang tidak tahu People's Park kerana ia merupakan lokasi popular bagi peniaga dan pembeli barangan terpakai, antik dan yang seumpamanya. Setiap hujung minggu ia akan di penuhi peminat barangan tersebut dari semua peringkat umur dan kaum. Kini setelah lokasi perniagaan ini diubah, ia telah dinaiktaraf oleh DBI menjadi taman lanskap rekreasi untuk penduduk Ipoh khasnya. Ini keadaan terkini kawasan lanskap People's Park.


‘People Park’..Itulah suatu nama yang cukup popular dikalangan penduduk Ipoh khasnya dan Perak amnya.. Tempat ini telah dibuka pada sekitar tahun 1872 dan tokong lama Pa Lo adalah merupakan tokong paling tua di Ipoh. Yau Tet Shin adalah penyumbang utama pembinaan tokong yang ada hingga hari ini. Bermula dari tahun 1894 berbagai penambahan di lakukan termasuk Perabung Dekoratif, Loceng dan patung singa.
Ruang terbuka di hadapan Tokong ini adalah yang dipanggil People Park bernilai kira-kira RM 70,000.00 apabila kerajaan menyumbang kepada pembangunan bandar pada tahun 1909. Tempat ini popular untuk rekreasi, permainan kriket, bolasepak, tennis dan lain-lain. Sewaktu ketika dulu tempat ini popular dengan perniagaan barangan antik yang di adakan pada hari Ahad. Kini ia adalah tempat letak kereta.

Wakaf berkonsep tradisional Melayu ini bersebelahan lot tempat meletak kereta

Air pancuran di tengah-tengah kawasan taman

Laluan masuk dari Jalan Sultan Iskandar (Hugh Low Street)

Kawasan Lanskap ditengah-tengah taman

Tarikan untuk anak-anak...tidak lupa kemudahan permainan untuk kanak-kanak turut disediakan

Kawasan pancuran ini dahulu boleh dijadikan kolam mandi untuk kanak-kanak. Tidak dapat dipastikan kini masih beroperasi atau tidak.

Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar

Galeri Sultan Azlan Shah, (GSAS)terletak di Bukit Chandan Kuala Kangsar. Ia di bina untuk menempatkan khazanah milik DYMM Paduka Seri Sultan Perak untuk tatapan semua rakyat jelata. Para pelawat boleh mengunjungi Galeri ini setiap hari dengan kadar bayaran yang minima untuk mendapatkan informasi berkenaan DYMM Tuanku Sultan dalam berbagai bidang yang pernah melibatkan Baginda.
Para pengunjung akan disambut dengan hamparan lanskap dengan water feature yang mempersonakan.

Sebahagian dari pancuran air dan kolam yang menjadi hiasan dan tarikan utama GSAS pada bahagian luarnya.

Labu Sayong yang menjadi identiti negeri Perak menjadi elemen utama pancuran air di GSAS. Kunjungilah Galeri Sultan Azlan Shah,GSAS untuk merasai suasana ini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...