Showing posts with label Masjid. Show all posts
Showing posts with label Masjid. Show all posts

Monday, May 23, 2011

Masjid Tinggi, Bagan Serai

Masjid ini telah dibina pada awal tahun 1900. Menurut rakyat tempatan, masjid ini asalnya adalah sebuah surau yang telah dibina oleh orang-orang Banjar yang berhijrah ke kawasan Kuala Kurau/Masjid Tinggi. Mereka dikatakan dibawa masuk dari Sumatera & Jambi, Indonesia pada tahun 1850-1860. Dengan pertambahan jumlah penduduk, surau tersebut teah dirobohkan dan digantikan dengan Masjid. Rekabentuk Masjid ini dikatakan diambil dari daerah Banjar Masin Indonesia. Dengan Terbinanya masji baru pada tahun 1966, maka masji ini tidak lagi digunakan.







Imej Masjid Tinggi setelah dibaik pulih oleh JKR Perak pada tahun 1995





Inilah beberapa imej lama Masjid Tinggi yang mana merupakan salah satu tarikan di Bagan serai, Perak darul Ridzuan. Masjid yang mempunyai nilai sejarah yang menarik dan senibina yang unik. Ia boleh diketengahkan sebagai daya tarika pelancung dalam dan luar negara




Bahagian ini dahulu menempatkan Bilik kuliah untuk Pengajian Agama





Bahagian Serambi/ Beranda




Keadaan Masjid yang terbiar dari sudut luar bangunan





Inilah Ruang Sembahyang Utama Masjid Tinggi /Masjid Banjar Bagan Serai





Siling yang diperbuat daripada kayu serta ruang pengudaraan dan pencahayaan daripada kaca berwarna




Kubah daripada zing berbentuk tirus





Pandanagn sisi, dilihat daripada Jalan Banjar

Monday, May 16, 2011

Masjid Kampung Kuala Dal, Kuala Kangsar

Salah satu masjid yang bersejarah di negeri Perak Darul Ridzuan. Masjid ini telah pun diletakkan di bawah Jabatan Warisan Negara. Ia juga telah dibaik pulih mengikut rekabentuk asalnya untuk memastikan ianya mampu bertahan, kerana ia adalah satu-satunya masjid yang seumpamanya di Malaysia. Majlis Perasmian masjid bersejarah ini telah pun diadakan pada 6 Mei 2011 yang lalu oleh DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah, sempena perayaan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Perak.











Tuesday, April 26, 2011

Masjid Bandar Seri Iskandar

Masjid ini terletak di Daerah Perak Tengah yang boleh menampung jemaah seramai 2500 orang. Ia memiliki Court Yard yang luas dan menjadikan ianya berbeza daripada masjid-masjid yang dibina sebelum ini









Masjid India Muslim Ipoh (Masjid Hanafi)

Masjid ini telah dibina pada tahun 1908 oleh Sheikh Adam yang berhijrah dari India Selatan. Ini merupakan masjid utama untuk komuniti India Muslim di Ipoh. Pengertian Hanafi pula adalah bermaksud Masjid Bandar Padang (Town Padang Mosque). Gerbang-gerbang ini yang paling unik dan menonjol dengan gaya Senibina Moghul. Memiliki 6 gerbang pada bahagian sisinya dan 5 bilangan gerbang pada bahagian belakangnya.















Masjid Kampung Paloh

Masjid ini telah dibina oleh Orang Kaya-Kaya Dato’ Seri Adik DiRaja Wan Mohamed Salleh pada tahun 1912 terletak di Jalan Datoh. di era Frank Swettenham. Tarikan dan keunikan masjid ini adalah terletak pada keaslian senibinanya. Kampung Paloh sendiri adalah merupakan kawasan pertempatan paling awal di Ipoh. Suatu Madrasah juga telah dibina berhampiran Masjid ini yang dinamakan Madrasah Sharifah iaitu mengambil nama salah seorang Penaungnya iaitu Toh Puan Hajjah Sharifah Rodiah.





Masjid Panglima Kinta, Ipoh

Masjid ini merupakan masjid pertama d Bandaraya Ipoh iaitu telah dibina pada tahun 1898 oleh Dato’ Panglima Kinta, Mohamed Yusuf. Ini adalah sebagai tanda memperingati isterinya yang telah meninggal dunia. Masjid ini mempunyai senibina ynag menarik dan unik. Pada bahagian belakang masjid ini terletaknya tanah perkuburan keluarga Dato’ Panglima Kinta. Suatu Madrasah juga telah dibina yang diberi nama Madrasah Kamaliah yang murupakan sekolah Arab yang pertama di Ipoh. Masjid ini adalah direkabentuk berdasarkan Mogul dan Neoclassical











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...