Beralamat di No. 12 & 14 di Jalan Sultan Iskandar (Dahulu Jalan Hugh Low)adalah bangunan yang mengetengahkan elemen Klasik pada fasadnya. Mengandungi 2 unit lot kedai yang mana telah dibina pada tahun 1920an. Ia adalah bangunan Cawangan Bank Oversea Chinese banking Corp. Ltd. yang berpangkalan di Singapura.
Wednesday, May 4, 2011
Bangunan Eu Tong Seng, Ipoh
Eu Tong Seng (dua sukukata hujung ini bermakna Menjaga - Caring) telah ditubuhkan sebagai "prescribing" penyediaan herba untuk ketagihan candu (opium addict) ketika itu. Seorang pelombong bernama Eu Kong, seorang daripada etnik Kantonis membuka kedai ubat (medical shop) di Gopeng pada tahun 1879 dan di Ipoh dan Kampar pada tahun 1881. Beliau telah mengambil alih perniagaan ini daripada bapanya dengan sumbangan kewangan daripada ibu tirinya, Yan Kuai yang telah menukarkannya kepada Pusat Farmasi Cina yang meluaskan perniagaannya hingga kebeberapa cawangan keseluruh Asia.Selepas suatu kebakaran yang memusnahkan premisnya, bangunan ini didirikan pada 1907.
Sebuah jambatan pejalan kaki telah dibina untuk menghubungkan bangunan utama dengan stor di Lorong Birch. Eu Tong Seng juga adalah ketua kepada pelombong bijih, Vice Presiden kepada persidangan anti candu pertama Malaya, Canselor Cina Persekutuan dan benefactor kepada Kolej Raffles dan Universiti Hong Kong.
Sebuah jambatan pejalan kaki telah dibina untuk menghubungkan bangunan utama dengan stor di Lorong Birch. Eu Tong Seng juga adalah ketua kepada pelombong bijih, Vice Presiden kepada persidangan anti candu pertama Malaya, Canselor Cina Persekutuan dan benefactor kepada Kolej Raffles dan Universiti Hong Kong.
Beliau juga adalah orang pertama memiliki kereta di Perak dan mempunya 7 isteri yang diletakkan dibeberapa palatial villa di Ipoh, Gopeng, Kampar, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Singapura dan Hongkong. Bangunan ini yang terletak di Jalan Bandar Bijih Timah (yang dikenali sebagai Leech Street)
Tuesday, May 3, 2011
Tokong Tao Paloh, Ipoh
Berhampiran People Park Lama. Merupakn tokong Cina paling tua di Ipoh. Ditubuhkan pada tahun 1872. Asalnya ia merupakan bangunan kayu yang memiliki bumbung yang dihias. Yau Tet Shin adalah orang yang bertanggung jawab membina kembali tokong ini seperti hari ini. Walaupun telah diubahsuai beberapa kali, ia masih mengekalkan susunatur tradisionalnya.





Bar & Restoran FMS (Federal Malay States)
Bangunan yang diasaskan oleh seorang imigran dari Hainan China pada tahun 1906 (tercatat pada bangunan)Merupakan salah satu bar dan restoran yang tertua di Tanah Melayu. Restoran ini sering dikunjungi para pelombong bijeh dan pengusaha ladang keturunan Eropah. Rekabentuk bangunan ini berdasarkan kepada rekabentuk kedai-kedai Cina abar ke-19 (sumber:Papan Tanda MBI)




Sunday, May 1, 2011
Lanskap Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Perak, Gerik
Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Perak yang terletak di Gerik boleh berbangga kerana memiliki lanskap yang indah dan menarik. Pejabat ini telah pun sempurna dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan pada Jun 2010 yang lalu.





Sebahagian dari bunga-bunga yang berkembang subur mewarnai lanskap bangunan Jabatan Kerja Raya, daerah Hulu Perak di Gerik.









Subscribe to:
Posts (Atom)