Wednesday, April 27, 2011

Han Chin Pet Soo, Ipoh

Bangunan ini adalah merupakan kelab kepada pelombong-pelombong bijih timah di Ipoh. Bangunan ini diasaskan oleh pelombong Cina etnik Kar Yin Hakka kelahiran China bernama Leong Fee @ Liang P’I Joo pada tahun 1857 hingga 1911. Salah seorang anaknya iaitu Leong Yin Khean @ En Chuen meneruskan sumbangan dengan menyediakan tempat penginapan keperluan kelab dan akhirnya menjualnya dengan harga yang murah kepada kelab tersebut.

Bangunan tiga tingkat ini kemudiannya di perindahkan pada tahun 1929 oleh Leong Fee. Beliau merupakan pelombong bijih dari Tambun dan orang pertama yang menggunakan khidmat pengurusan dan teknologi dari Barat. Beliau juga merupakan Penasihat kepada Masyarakat Cina Pulau Pinang sekitar tahun 1901 hingga 1907, seorang Federal Counsellor dan ahli Petubuhan Penggalakan Seni, Perkilangan dan Perdagangan.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...