Monday, April 25, 2011

Hospital Batu Gajah

Hospital Batu Gajah merupakan hospital terawal di Perak yang dibina pada tahun 1880. Hospital bertaraf hospital besar ini pada mulanya dibahagikan kepada European Hospital dan Malayan Hospital. European Hospital ialah wad kelas 1 yang dikhaskan untuk pegawai tadbir adan pengurus ladang Eropah serta kerabat diraja Melayu. European Hospital ini begitu terkenal hinggakan ada pegawai British dari Sabah dan Sarawak mendapatkan rawatan di sini. Manakala wad kelas 2 dan 3 di Asian atau Malayan Hospital dikhaskan untuk orang awam. Kebanyakan dari 14 wad yang ada digunakan untuk merawat pesakit taun, biri-biri dan malaria daripada kalangan buruh lombong dan buruh estet getah di sekitar Batu Gajah. Doktor, matron dan sister adalah orang British manakala pembantu perubatan ialah doktor bangsa Asia terutamanya orang Selon dan India. Sebelum terdapat bekalan elektrik, pihak hospitl menggunakan lampu jenis hurricane lamp. Pada peringkat awal, kereta lembu digunakan untuk mengangkut mayat kerana kekurangan kereta ambulan. Pusat Latihan jururawat didirikan pada tahun 1952. Walau bagaimanapun pada tahun 1976, taraf Hospital Besar Batu Gajah diturunkan menjadi hospital daerah hingga kini.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...