Wednesday, April 27, 2011

Sekolah ACS Ipoh

Sekolah ini di asaskan oleh seorang Inggeris bernama Rev. E Horley setelah mengasaskan sekolah Methodist di Singapura pada tahun 1895. Beliau telah memainkan peranan utama dalam memupuk kesedaran akan kepentingan pelajaran kepada generasi muda di Malaya ketika itu.

Beberapa hari selepas kedatangannya ke Malaya, beliau telah membuka Sekolah Anglo Chinese ini yang hanya menggunakan atap rumbia (Atap rumah Melayu ketika itu). Bangunan ini bersambungan dengan berek polis dibelakang Pejabat Tanah yang mana kemudiannya telah diroboh untuk membina Masjid Negeri yang baru. Ketika itu Ipoh hanyalah sebuah pekan kecil perlombongan bijih timah.

Sekolah ini telah menghidupkan semula Sekolah Inggeris yang pertama yang dibuka oleh Rev. T W Stagg yang telah ditutup kerana berpindah daripada Ipoh pada tahun 1895 kerana masalah kesihatan isterinya.

Rumah yang diduduki Mr. Horley ini adalah disewa daripada Dato’ Panglima Kinta, Yusuf Bin. Nassam dan Sir George Maxwell adalah merupakan salah seorang daripada…………

Sejarah ACS adalah berkait rapat dengan sejarah pembangunan Ipoh yang terkenal sebagai Bandar yang terbina daripada Timah. Ini adalah merujuk kepada kebakaran besar yang berlaku di Ipoh pada tahun 1892 yang telah memusnahkan 123 kediaman. Kedatangan Mr. Horley ketika itu telah membangunkan Ipoh. Beliau juga telah memohon tanah seluas 4 ekar untuk membina sekolah dan gereja. Pihak kerajaan telah memperuntukkan tanha di Jalan Lahat seperti yang telah direkodkan oleh Mr. Horley dalam buku catatannya.

Tanpa menangguhkan masa hutan dan belukar telah dibersihkan, paya telah di tambak dan tanah diratakan, maka pada November 1895 sekolah dan gereja telah didirikan.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...